Tuesday, 16 October 2012

Sakit Gigi, Sakit gusi

Assalam...kecian laa pd Mr Hubby... dok sakit gigi... last2 aku plak yg kena sakit gigi... Then tangan aku pun ligat laa dok dating ngan Mr Google pasai sakit gigi ni... Antara apa yang Imah nak share ngan kawan2 ialah ;

Sakit gigi merupakan kesakitan yang dialami pada atau sekeliling gigi. Ia sering menjadi penyebab utama orang ramai ke klinik pergigian terutama bagi mereka yang mengabaikan kebersihan mulut.

  1. Sakit gigi biasanya berpunca daripada:
    1. kerosakan gigi (karies gigi)
    2. penyakit gusi (penyakit periodontium)
    3. gigi sensitif
    4. sakit pada sendi rahang
    5. sinus tersumbat
    6. sakit telinga 
     
  2. Apakah yang boleh terjadi jika gigi yang rosak tidak dirawat?Jika gigi yang rosak tidak dirawat, ia boleh menyebabkan:
    1. gigi mati
    2. gusi bengkak
    3. gigi dicabut atau kehilangan gigi
    4. kesukaran membuka mulut
    5. Apakah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan sakit gigi?
    6. Dapatkan rawatan di klinik pergigian secepat mungkin.
    3. Walau bagaimanapun, anda boleh mengambil langkah-langkah berikut untuk mengurangkan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:
    1. Mengambil ubat penahan sakit, cara tradisional atau moden
    2. Berkumur-kumur atau gunakan flos untuk membuang sisa makanan yang berada di celah-celah gigi
    3. Kebaskan gusi, contoh dengan menghisap ais

      
     Tips tradisional dan moden untuk sakit gigi atau sakit gusi.
Ubat tradisional untuk Sakit gigi 
Pengobatan Alamiah Untuk Sakit GigiBawang putih
 Bawang putih adalah salah satu yang paling efektif untuk beberapa pengubatan rumah untuk sakit gigi. Satu ulas bawang putih dengan garam batu kecil harus ditempatkan pada gigi yang terkena. Ini akan mengurangi rasa sakit dan, kadang-kadang, bahkan mungkin menyembuhkannya. Sebiji bunga cengkeh juga harus dikunyah setiap hari di pagi hari. Ini akan membuat gigi kuat dan sehat.


Bawang Bombay
Pengobatan Alamiah Untuk Sakit GigiPenelitian terbaru telah mengkonfirmasi sifat bakteria bawang. Jika seseorang mengkonsumsi satu bawang mentah setiap hari oleh pengunyahan menyeluruh, ia akan terlindungi dari berbagai gangguan gigi. Mengunyah bawang mentah selama tiga minit sudah cukup untuk membunuh semua kuman di mulut. Menempatkan sepotong kecil bawang merah pada gigi yang buruk atau gusi sering allays sakit gigi.

Pengobatan Alamiah Untuk Sakit Gigi Jeruk Nipis / Lemon

Lemon ataupun jeruk nipis, sebagai sumber yang kaya vitamin C, berguna dalam menjaga kesihatan gigi dan tulang lainnya dari tubuh. Ini mencegah pembusukan dan melonggarnya gigi, karies gigi, sakit gigi, dan perdarahan pada gusi.



 




Pengobatan Alamiah Untuk Sakit Gigi

 Cengkeh - dah cuba tetapi untuk jangka masa pendek

Penggunaan cengkeh dalam sakit gigi mengurangi rasa sakit. Hal ini juga membantu untuk mengurangi infeksi karena sifat antiseptik. Minyak cengkeh, diterapkan pada rongga dalam gigi busuk, juga mengurangi sakit gigi.


Ditumbuk halus, dan diletakkan pada gigi yang sakit dan ditekap dengan kapas (gigit kapas selama 5-10minit) kemudian basuh atau kumur pada tempat tadi. Insya`Allah boleh kurangkn sakit.





Ubat moden untuk Sakit gigi - Anda juga boleh dapatkan ubat2 dari kedai2 farmasi seperti watson, guardian dan lain2. Dah cuba gak...tp bila ubnat abih still sakit lagi..huhu












4. Bagaimanakah untuk mencegah sakit gigi?Anda boleh mencegah sakit gigi dengan:
  1. mengamalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik
  2. berus gigi dengan menggunakan ubat gigi berfluorida
  3. gunakan flos
  4. dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala
  5. kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula di antara waktu makan utama. 
Lain2 ceta yang aku search dalam En goggle :
  1. Walaupun gusi membengkak and sakit gigi teramat sakit, puan kena makan dulu antibiotik dan tunggu bengkak surut (iaitu kuman mati) sebelum doktor gigi boleh mencabut gigi gerham berkenaan.
  2. Untuk mengatasi rasa sakit yang puan alami skrg, saya syurkan, puan tumbuk bunga cengkih hingga lumat, tambah air dan garam halus (lagi banyak, lagi baik), bancuh dan kumur dengan air bunga cengkih ini, setiap kali rasa sakit ini datang. Ia boleh melegakan.
  3. Puan juga boleh sapukan bius gigi yang dijual di farmasi, namanya Bonjela atau sebarang ubat tahan sakit bengkak gusi/sakit gigi.
  4. Setelah bengkak gusi surut sedikit, puan boleh pergi mencabutnya. Doktor tak boleh mencabut gigi semasa gusi bengkak (ini satu pantang larang pergigian).
  5. Ttg mencabut gigi semasa hamil, masalah yang dikhuatiri ialah pendarahan yang sukar dibendung jika puan ada masalah hemofilia (hemophilia). Jika puan tiada masalah ini, mencabut gigi adalah prosedur yang selamat.
  6. Semasa mengandung, hormon yang dikeluarkan oleh badan ke dalam darah membesarkan/mengendurkan saluran darah, dan pendarahan pada gusi boleh berlaku di peringkat akhir kehamilan. Jika pendarahan ini berlaku semasa puan mencabut gigi, ia akan makan masa untuk pendarahan reda (caranya ialah dgn menjahit gusi di mana pendarahan berlaku). Oleh kerana menjahit gusi ini amat sakit, maka doktor terpaksa berikan bius yang agak kuat supaya puan tak rasa sakit. Kandungan boleh terjejas sedikit (bayi akan meronta tapi tak lah sampai mati).
  7. Ramai ibu yang hamil kurang selesa mendapatkan rawatan gigi semasa hamil.
     
    Dan akhir sekali, kita berusaha tetapi Allah yang menentukan segala2nya;
     
    Maksudnya: 
    "Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur) 
    tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur."
    Baca surah al-Mulk ayat 23 nih, sambil letakkan jari pada gigi yang sakit tu. insyaAllah, rasa sakit tu akan kurang. Ini kira macam cara alternative la sebelum pergi jumpa dentist kalau sakit gigi.
    Menurut al-Khatib dalam kitab al-Tarikh dan Ibn Munzir daripada Ibn Abbas berkata, 
    Nabi SAW bersabda,: "Sesiapa yang mengalami sakit gigi, maka hendaklah dia meletakkan jarinya atas gigi tersebut lalu dibacakan ayat ini." 

    * Ayat ini boleh digunakan sebagai ikhtiar mengurangkan sakit gigi. Walau bagaimanapun bergantung semata-mata kepada ayat sahaja tidak mendatangkan apa-apa kesan kecuali dengan izin Allah.








Sunday, 14 October 2012

Dalam Kenangan

Imah pernah buat praktikal pendidikan kat Sekolah Bandar Kuching No 2, area Tabuan... Best sgt2 coz imah mengajar pelajar low ability student. Kenapa Imah suka kerana pelajar2 dalam level ni hanya ada 2 kecenderungan iaitu minat tapi tak reti dan tak minat dan tak reti...
     Tetapi bila objektif yang kita set tercapai...kepuasannya tak terkata....emmmm.... Yang sebenarnya, pelajar2 ni mereka minat jika cikgu mengetahui cara dan teknik yang mudah dipahami.... Time Imah ajar ni Matematik dalam Bahasa Inggeris... Actually, matematik dlam bahasa inggeris bukan issu tp secara personalnya... Imah mmng bangkang subjek matematik di ajar dalam bahasa inggeris kerana bagi pelajar yang low ability, mereka dah laa tak pandai bahasa inggeris di tambah bebanan matematik plak.....adoooi..... TETAPI matematik dalam bahasa inggeris amat baik utk pelajar high ability  kerna mereka akan lebih mudah bila masuk alam "Uni"....




Akhir sesi praktikal, Pengetua sekolah berkenaan rekomen Imah untuk terus mengajar as GSTT.. Tapi apa boleh buat, En Suami dapat peluang pekerjaan di Cyberjaya..... For me, family is my first priority than others....

Saturday, 13 October 2012

Tips Menghadapi PMR Matematik 2012

Assalamualaikum dan Salam Pagi.... Alamak tertidor plak..... smlm (12-Oct-12) dok ber"FB" dengan anak saudara frenz tentang peksa subjek Matematik Isnin ni...... Kat bawah ni jadual peksa PMR Matematik 2012.. Apa yang Imah leh cakapkan "all t best" , "think smart".... (last minute options)

08:10 pagi — 09:25
pagi 50/1 - Mathematics - Kertas 1 - 1jam 15minit - Objektif Aneka Pilihan

10:40 pagi — 12:25
tengah hari 50/2 - Mathematics - Kertas 2 - 1jam 45minit - Subjektif
(Calon yang mengambil kertas soalan Mathematics Kertas 2 hendaklah membawa peralatan geometri. Calon tidak dibenarkan menggunakan kalkulator.)


Imah nak kata pandai tu tak laa.... tp style Imah, kebanyakkan pelajar yg mengatakan matematik ni susah sebab mereka tidak mendapat teknik atau konsep yang betul dalam dunia matematik. Tidak kisah laa matematik d ajar dalam bahasa inggeris atau malaysia... The main point here, know t concept.
          Okay contohnya, kenapa budak yang tercicir dalam subjek matematik, jika suruh dikira duit mereka paling pandai?? Kenapa?? Kerana mereka memahami konsep duit...
          Cuba kita pegi "market" atau pasar malam, kebanyakkan penjual2 di sana adalah backgroud yang tercicir dalam subjek matematik (bukan smua) tetapi kenapa mereka hebat dalam dunia perniagaan?? Kerana mereka memahami konsep!!
        Sebenarnya, Imah amat terkilan kerana tidak dberi kesempatan untuk mengajar Matematik walaupun Imah mempunyai Ijazah Pendidikan (Matematik), KPM tidak menyenaraikan graduan dari IPTS (Unitar)... :(
         Back to t point, untuk saat2 akhir ber"perang" dengan paper mathematics adalah;


  •  Paper 1 (Objective) - Kebanyakkan pelajar tdk cukup masa (low ability student)
  1. Kenali tahap diri sendiri - Baca soalan, jika rasa diri mampu selesaikn teruskan, jika tidak bulat pada nombor soalan. JANGAN sekali memikirkan untuk menyelesaikan satu soalan lebih dari 7minit!! ini akan memudaratkan soalan2 yang lain.
  2. Analisis Jenis Soalan - Memang laa tak sempat, ini secara automatik laa..... Terdapat 3 jenis iaitu kacang, sederhana dan sukar.. utk pengetahuan anda, hanya 10% dan kurang soalan Matematik jenis sukar (high ability question). Sebab tu, pelajar2 pandai (high ability student) mereka mmng score bila mendapati soalan susah berada pada tahap rendah... (adooiii pening dah kaaa)... 
    •  Maka, soalan kacang berada di tahap 10% atau lebih... (tgk laa kalu lembaga peperiksaan malaysia baik hati nak buat soalan senang n kacang tumbuk) 
    • Oleh itu, cuba sedaya upaya untuk menjawab dengan sempurna untuk soalan kacang/senang (low ability question).
    3.  Ulangi soalan yang sederhana (moderate) dan jika ada masa cuba selesaikan soalan sukar. Imah tak suruh "tembak" naaa..... tp gunakan otak untuk tembak... iaitu dalam keadaaan sedar... bukan tutup mata.. JANGAN sekali2 bawak dadu...(itu dolo kot)

  •  Paper 2 (Subjective) - Part ni lagi laaa (low ability student)
  1. Baca semua soalan sepintas lalu - Pilih 4-6 soalan yang ANDA yakin boleh jawab dan yakin boleh betul semua. Focus pada soalan ini. 
  2. Jika ada masa - habiskan soalan2 lain yang sedehana dulu dan akhir yang sukar.
  3. Jangan sesekali TINGGAL KOSONG pada jawapan anda kerana pemeriksa tidak akan membantu memberi markah kesian.  Untuk pengetahuan pelajar, teknik menulis maklumat juga ada markah.  Contoh ;






>>>>>>> Jangan JERAT diri anda pada keadaaan yang sukar <<<<<<<
>>>>>>> Jangan dok pikir matematik SUSAh <<<<<<<
>>>>>>> Berjuang dolo, Jangan mengalah <<<<<<<
>>>>>>> Jangan pikir JAngan <<<<<<<


Banyak sumber2 anda boleh cari sama ada on9 atau kat kedai buku... Antaranya Seminar Superstudy Motivasi, Pelajar Superstar , Smart Study dan banyak lagi...

Friday, 12 October 2012

Aura Semalam

Semalam Imah ada join klas yang di anjurkan oleh IKSB (Irfan Khairi Sdn Bhd).. Maka Terdetik Di Minda Imah untuk mencipta blog yang ke 2 selain blog on9 bis kat Imah ChocoLIKE

Bersama saudara Mohd Zulfadli (speaker)

Aura untuk cipta satu lagi blog untuk sama2 kongsi idea, pengalaman, issue, masalah, kehidupan anak2, keluarga, agama dan lain2...