SOALAN LAZIM (FAQ) | ||
PAKEJ KOMUNIKASI BELIA | ||
1. | S: | Apakah Pakej Komunikasi Belia? |
J: | Pakej Komunikasi Belia adalah salah satu projek kerajaan
Malaysia melalui SKMM di bawah bajet 2013 dan Inisiatif Jalur Lebar
Negara (NBI) untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat terutamanya
golongan belia. Kerajaan menyasarkan golongan belia ini sebagai golongan
yang mampu memberi impak yang besar dalam memacu pertumbuhan ekonomi
terutamanya dalam bidang e-perdagangan (e-commerce).
Pakej ini dilaksanakan pada 1 Januari 2013 dan dijangka dapat memanfaatkan 1.5 juta belia di Malaysia. Program ini menawarkan rebat sebanyak RM 200 untuk pembelian telefon pintar tahap permulaan melibatkan peruntukan sebanyak RM 300 juta. |
|
2. | S: | Apakah syarat kelayakan untuk memohon Pakej Komunikasi Belia? |
J: | Syarat kelayakan adalah:
|
|
3. | S: | Bilakah saya boleh mula memohon? |
J: | Permohonan boleh dibuat dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013, atau sehingga peruntukan sebanyak RM 300 juta telah dipenuhi; yang mana terdahulu. | |
4. | S: | Bagaimana cara untuk saya memohon? |
J: | Untuk memudahkan proses pendaftaran, borang pra pendaftaran perlu diisi secara atas talian di laman sesawang www.skmm.gov.my. Sekiranya tiada akses internet, pemohon boleh hadir ke Pusat Internet 1Malaysia yang berhampiran atau wakil-wakil penyedia perkhidmatan terlibat. | |
5. | S: | Siapakah penyedia perkhidmatan yang terlibat dalam inisiatif ini? |
J: | Penyedia perkhidmatan yang terlibat ialah Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster. | |
6. | S: | Berapa lamakah tempoh masa untuk membuat tuntutan rebat ini ? |
J: | Anda diberi masa selama 1 (satu) bulan daripada tarikh pra-pendaftaran untuk membuat tuntutan. Pra-pendaftaran akan dianggap terbatal sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam jangka masa tersebut. Anda dibenarkan untuk mendaftar semula selepas 1 bulan. | |
7. | S: | Selepas saya membuat pra pendaftaran laman sesawang, apakah yang patut saya lakukan? |
J: | Anda akan memperolehi status permohonan dengan serta-merta. Jika status anda berjaya, paparan status tersebut boleh dicetak dan/atau diemel kepada anda. Sila bawa cetakan nombor rujukan atau dengan membawa kad pengenalan ke wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah untuk membuat tuntutan dengan cara pembelian terus. | |
8. | S: | Di manakah saya boleh dapatkan senarai wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah? |
J: | Senarai wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah boleh didapati di laman sesawang penyedia perkhidmatan terlibat mulai 1 Januari 2013. | |
9. | S: | Apakah dokumen yang perlu dikemukakan kepada wakil-wakil penyedia perkhidmatan semasa membuat tuntutan? |
J: | Dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan ialah seperti berikut:
|
|
10. | S: | Bagaimana cara untuk menuntut rebat ini? |
J: | Selepas pengesahan dilakukan di wakil-wakil penyedia perkhidmatan, anda boleh memilih telefon pintar yang ditawarkan dan rebat RM 200 akan diberi dengan serta merta. Pemohon hanya perlu membayar baki harga telefon tersebut. | |
11. | S: | Sekiranya saya belum mempunyai langganan jalur lebar, apa yang perlu saya buat? |
J: | Anda dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan
oleh penyedia perkhidmatan terpilih bagi melayakkan anda menuntut rebat
ini.
Harga, terma serta syarat-syarat pakej langganan tertakluk kepada penyedia perkhidmatan tersebut.. |
|
12. | S: | Sekiranya saya telah melanggan pakej jalur lebar, perlukah saya membuat langganan yang baru untuk menuntut rebat tersebut ? |
J: | Tidak perlu. Walau bagaimanapun anda tetap layak untuk menuntut rebat tersebut. | |
13. | S: | Apakah jenis-jenis telefon yang boleh di beli? |
J: | Anda boleh membeli jenis telefon pintar tahap permulaan yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan. Senarai telefon yang termasuk di dalam skim ini boleh didapati di laman sesawang penyedia perkhidmatan mulai 1 Januari 2013. | |
14. | S: | Apakah yang boleh menyebabkan sesuatu permohonan tidak berjaya? |
J: |
|
|
15. | S: | Sekiranya saya bekerja sendiri atau penggajian, perlukah saya mendapat pengesahan pendapatan bulanan atau membawa slip gaji ? |
J: | Tidak perlu. Sah akuan yang telah ditanda oleh pemohon di dalam
borang pendaftaran dalam talian adalah bukti bahawa maklumat yang diberi
adalah benar.
Walau bagaimanapun kami ingin memperingatkan bahawa sesiapa yang didapati bersalah memberi maklumat palsu boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dijatuhkan hukuman penjara selama maksimum tiga (3) tahun dan denda. |
|
16. | S: | Saya seorang pelajar, adakah saya layak memohon Pakej Komunikasi Belia? |
J: | Pelajar sepenuh masa atau separuh masa adalah layak memohon pakej tersebut sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. | |
17. | S: | Keuntungan bersih sebagai peniaga kecil-kecilan adalah RM 3,200 sebulan dan selepas ditolak perbelanjaan keluarga, pendapatan saya tinggal RM 2,000 sahaja. Adakah saya layak? |
J: | Tidak layak. | |
18. | S: | Tarikh lahir saya adalah pada 2 Mei 1982. Adakah saya layak untuk rebat RM200 ini? |
J: | Anda layak menerima rebat ini kerana masih berumur dalam lingkungan 30 tahun. Namun anda tidak layak memohon selepas tarikh tersebut | |
19. | S: | Bagaimanakah cara saya ingin mengekalkan nombor yang sedia ada tetapi ingin menukar kepada pakej yang baru yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan yang lain? |
J: | Anda dikehendaki untuk membuat Mobile Number Portability (MNP)
terlebih dahulu sebelum melanggan pakej baru dengan mana-mana penyedia
perkhidmatan.
MNP adalah keupayaan bagi pengguna untuk beralih kepada penyedia perkhidmatan mudah alih yang baru, dengan mengekalkan nombor mudah alih sedia ada. |
|
20. | S: | Adakah pendaftaran secara dalam talian ini akan beroperasi 24 jam? |
J: | Sistem dalam talian ini akan diberhentikan seketika pada pukul 11:00 malam sehingga 7:00 pagi setiap hari. Ini bertujuan agar penyelenggaraan sistem dan kerja mengemaskini data dapat dilakukan. | |
21. | S: | Sekiranya saya ada pertanyaan, kepada siapa patut saya tujukan? |
J: | Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu komunikasibelia@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040 (Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013. Selain itu anda juga boleh menghubungi penyedia perkhidmatan yang terlibat atau hadir terus ke wakil-wakil penjual yang sah.. |
Showing posts with label Idea. Show all posts
Showing posts with label Idea. Show all posts
Monday, 14 January 2013
Rebat RM200 utk telefon pintar
Wednesday, 9 January 2013
Syarat-syarat untuk memohon Geran Malaysian Business Online
GET MALAYSIAN BUSINESS ONLINE | ||
1. | S: | Apakah itu Get Malaysian Business Online? |
J: | Get Malaysian Business Online ialah inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri bagi membantu 50,000 usahawan mikro terutamanya wanita untuk melonjakkan perniagaan atas talian. Geran RM1,000 akan diberikan kepada pemohon yang layak. | |
2. | S: | Apakah syarat untuk mendapatkan geran Get Malaysian Business Online? |
J: | Syarat-syarat permohonan:
| |
3. | S: | Bilakah saya boleh mula memohon? |
J: | Permohonan dibuka bermula dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 atau sehingga peruntukan RM50 juta telah dipenuhi. | |
4. | S: | Bagaimana cara untuk saya memohon? |
J: | Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di www.skmm.gov.my atau di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang berdekatan. | |
5. | S: | Bagaimanakah geran diagihkan? |
J: | Geran RM1,000 akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan atas nama usahawan/syarikat/perniagaan. | |
6. | S: | Berapa lamakah masa yang diambil untuk permohonan diproses? |
J: | Permohonan yang diterima akan diproses dalam tempoh 30 hari bekerja. | |
7. | S: | Apakah sebab permohonan ditolak? |
J: | Permohonan ditolak disebabkan beberapa faktor:
| |
8. | S: | Berapa kali permohonan boleh dibuat? |
J: | Setiap usahawan/syarikat/perniagaan hanya boleh memohon sekali sahaja. | |
9. | S: | Bagaimanakah pemohon mengetahui bahawa permohonan telah diterima? |
J: | Akuan penerimaan dan nombor rujukan akan diberikan oleh SKMM setelah borang permohonan telah diisi sepenuhnya dan dihantar. | |
10. | S: | Bagaimanakah untuk mengetahui status permohonan? |
J: | Pemohon boleh menyemak status permohonan melalui laman sesawang SKMM melalui nombor kad pengenalan pemohon. | |
11. | S: | Adakah terdapat sebarang perjanjian antara usahawan dengan pihak SKMM setelah mendapat dana tersebut? |
J: | Tiada. | |
12. | S: | Adakah terdapat sebarang caj perkhidmatan bagi memohon geran tersebut? |
J: | Tidak | |
13. | S: | Adakah penerima geran perlu melaporkan penggunaan wang RM 1,000 yang diterima kepada SKMM ? |
J: | Penerima geran tidak perlu menghantar laporan. Pihak SKMM akan membuat pemantauan dan tinjauan berterusan mengenai keberkesanan program. | |
14. | S: | Adakah terdapat sebarang bantuan/geran susulan bagi membantu usahawan meneruskan perniagaan? |
J: | Tiada | |
15. | S: | Adakah terdapat sebarang bantuan atau syarat minima bagi membantu usahawan membuka akaun bank? |
J: | Tiada. | |
16. | S: | Adakah geran RM 1,000 ini hanya boleh digunakan untuk pembangunan laman sesawang atau kegunaan lain syarikat? |
J: | Geran yang diberikan adalah untuk melonjakkan perniagaan atas talian dan tidak terhad kepada pembangunan laman sesawang tetapi boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti latihan/kursus, langganan perkhidmatan jalur lebar atau telefon pintar, komputer, langganan perkhidmatan aplikasi perniagaan awan (cloud based business applications) dan sebagainya. | |
17. | S: | Adakah usahawan lelaki dibenarkan untuk memohon geran tersebut? |
J: | Ya. | |
18. | S: | aya adalah usahawan yang memasarkan perkhidmatan dalam talian. Adakah saya layak memohon? |
J: | Anda layak memohon sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. | |
19. | S: | Adakah saya layak memohon sekiranya saya hanya memasarkan produk melalui laman blog dan facebook? |
J: | Anda perlu mempunyai lawan sesawang (.com.my) atau (.my) bagi memasarkan perniagaan anda selain dari laman sosial yang digunakan. Anda juga boleh menggunakan domain lain seperti .net.my/.org.my/.edu.my. | |
20. | S: | Adakah geran RM 1,000 tersebut akan dibayar terus kepada saya atau disalurkan kepada pembangun laman sesawang tersebut? |
J: | Geran akan disalurkan terus kepada usahawan/syarikat/perniagaan yang memohon melalui akaun bank yang didaftarkan. | |
21. | S: | Saya mempunyai perniagaan tetapi masih belum berada dalam talian. Bagaimanakah saya hendak mendaftar dan membangunkan laman sesawang perniagaan saya? |
J: | Pendaftaran laman sesawang boleh dilakukan dengan myDomain Registry manakala pembangunan laman sesawang boleh dilakukan dengan mana-mana agensi atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan pembangunan laman sesawang. Anda juga boleh menggunakan kemudahan yang terdapat di www.getmybusinessonline.com.my untuk membina laman sesawang dan pengehosan percuma. | |
22. | S: | Perniagaan saya adalah perniagaan pemilikan tunggal. Adakah saya boleh menggunakan akaun bank peribadi bagi memohon geran tersebut? |
J: | Ya. | |
23. | S: | Saya mempunyai syarikat perniagaan tetapi tidak mempunyai akaun bank syarikat. Adakah saya layak mendapatkan geran ini? |
J: | Ya. Akaun atas nama usahawan boleh digunakan. | |
24. | S: | Saya mempunyai 3 buah syarikat. Adakah saya boleh memohon untuk ketiga-tiga syarikat tersebut? |
J: |
Tidak. Setiap individu/syarikat hanya boleh memohon sekali sahaja.
| |
25. | S: | Sekiranya saya ada pertanyaan, kepada siapakah patut saya ajukan? |
J: | Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu gmbo@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040 (Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013. | |
26. | S: | Adakah pendaftaran secara talian ini akan beroperasi 24 jam? |
J: | Sistem talian ini akan diberhentikan seketika pada pukul 11 malam sehingga 7 pagi setiap hari. Ini bertujuan agar penyelenggaraan sistem dan mengemaskinikan data dapat dilakukan. |
Geran RM1000 Membantu Usahawan Online dan Offline
Pemberian geran RM1,000 melalui peruntukan RM50 juta oleh Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memberi banyak faedah kepada pengusaha
perniagaan secara dalam talian yang baru berjinak-jinak untuk memulakan
perniagaan.
Pengasas perniagaan perkhidmatan rawatan kecantikan dari rumah ke rumah, JomCantik, Huzalfah Shamsudin berkata, pemberian geran terbabit membuka peluang lebih meluas kepada usahawan baru terutama wanita untuk meneroka bidang berkenaan.
Jika sebelum ini kebanyakan bantuan kepada individu yang ingin memulakan perniagaan berbentuk produk, kemahiran serta kursus, pemberian geran terbabit boleh dijadikan modal pusingan perniagaan.
“Saya menyokong penuh sekiranya geran terbabit diserahkan kepada mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan secara dalam talian buat kali pertama.
“Jumlahnya mungkin lebih daripada mencukupi terutama jika ia membabitkan jenis perniagaan mudah seperti khidmat kecantikan dari rumah ke rumah,” katanya.
Bagaimanapun, pemberian geran berkenaan perlukan pemantauan sewajarnya terutama bagi mengenal pasti penerima yang benar-benar layak.
Ini kerana jumlah terbabit agak besar. Oleh itu, wajar untuk membentuk satu badan khas bagi memantau perjalanan geran berkenaan.
“Mungkin pada peringkat awal semangat berkobar-kobar untuk menjalankan perniagaan tetapi disebabkan tiada pengawasan, mungkin urusan perniagaan hanya tinggal kertas cadangan.
“Pemberian geran ini juga sebenarnya banyak membantu usahawan baru mengenal pasti bentuk perniagaan ingin diceburi dan membolehkan mereka bertapak lebih jauh dalam bidang terbabit,” katanya.
Menurut pemilik butik dalam talian, Lalapop, Khazylah Fhadylah Hussin, sokongan kerajaan sememangnya penting terutama kepada peniaga kecil seperti dirinya. “Peruntukan geran sebanyak RM1,000 itu dapat membantu untuk mengembangkan lagi perniagaan secara dalam talian bagi membuka butik atau mendapatkan lebih banyak koleksi pakaian. “Selain itu, bantuan ini juga boleh digunakan untuk memperbaiki laman web butik supaya ia lebih bersifat komersial, sekali gus memperluaskan jaringan perniagaan,” katanya ketika ditemui.

Saturday, 5 January 2013
Thursday, 20 December 2012
JOM buat duit
Imah ada terpikir macam mana nak cari duit tapi hanya depan PC.... banyak cara kita boleh lakukan antaranya :
1. Jualan - Imah ChocoLIKE iaitu berkaitan makanan, kek dan lain2 ; Keuntungan 100% kita smua
2. Dropship - Imah Collection Ini adalah kita sebagai agen pengiklanan pada sesuatu company dan pihak company akan uruskan smua penghantaran barang.. Keuntungan 10-30% (bergantung pada harga dan peraturan company)
3. MLM - Jutawan Cantik Double Stemcell iaitu cara mudah utk lebih dapat wang... tambahan produk double stemcell mmng proven lagi aaa orng minat utk join... :)
4. Investment - yang ni kena lebih berhati2 dari MLM coz banyak penipuan d luar sana.... Kaji dulu sebelum nak invest mana2.. antaranya ASB, Gold, Unit Trust (Public Mutual, CIMB mutual dll) , UInvest dan lain
5. KUTU - berhati2 ramai yang kaki tipu... sebab tu bila nak melakukan sesuatu.. "pilih orng yag kita kenai n percaya"
6. Affiliate - kaedah iklan di blog - untung dalam 10-50%
~ Imah sekadar bkongsi... anda yang menentukan pelbagai sumber pendapatan... Ingat.. 9/10 pendapatan adalah dari perniagaan.. dan dari perniagaan juga seseorng boleh terhumban ke "neraka".. Nauzubillahiminzaliq ~

Sunday, 9 December 2012
Buffet
Imah ada buat pada sapa nak order....
Tema + Menu ; U request, we discuss, we make lower price as we can!
Clik Imah ChocoLIKE untuk lebih detail TQ
Thursday, 29 November 2012
Kebocoran Wang
Assalamualaikum wbt.... dan Salam Sejahtera pada pembaca2 blog Imah.. Post kali ni Imah terpikir untuk menulis kenapa kita selalu kehabisan wang bila kita dapat atau bila dapat ada2 saja jaa nak kena settle. Wang macm "hantu" itu mak Imah selalu cakap. Tetapi kita ada tak terpikir kenapa terjadi begini. Oleh itu kita kena check balik dalam diri kita...
Adakah kita.............
Adakah kita.............
- Sudah bayar zakat pendapatan (bagi yang bekerja makan gaji atau berniaga)
- Sudah settle hutang2 dengan family/kawan2
1. First duit (ibu duit) setiap gaji bulanan yang kita dapat tolong beri pada IBUBAPA walau RM10.00 (jika itu jeeeee kemapuan anda)
2. Sedekah at least RM10.00 (itu jeeee "saya" mampu kaan)
3. Amalkan surah Al-Waqiah setiap malam
3. Amalkan surah Al-Waqiah setiap malam
4. Sujud terakhir setiap solat wajib, baca 11kali
(yang bermaksud:“Siapa yang mengucapkan 'La Haula Wala Quwwata illa billahi,' maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”). (Hadis Riwayat Tabrani)
5. Solat Dhuha dan Doa Solat Dhuha ~9am until 12pm (paling elok!)
6. Zikir :
- Istifar (minimum ~ 100x sehari)
- Ya Allah Ya Razak , Ya Allah Ya Latip (minimum ~ 100x sehari)
- Lain2 zikir harian...
- Tahajjud , Witir ~ jadikan harian
- Taubat , Hajat , Istiqarah ~ jadikan 3-4kali weekly
Ini adalah amalan2 yang Imah lakukan...Alhamdulillah ALLAH banyk membuka pintu2 rezeki cuma kita kena usahakan untuk dapatkannya...
Solat Wajib jangan ditinggalkan plak!! dan tinggalkan kemaksiatan dan keseronokan dunia termasuklah gambar2 yang boleh rosak iman... Smoga ap yang dicita2kan tercapai amin...
>>Bila ANDA berada di puncak atas JANGAN LUPA pada DIA!! dan jangan mengalah pada ujian2NYA jika itu jalan kekayaan<<<
Amalan2 ini bukan nampak segera! Ada orng buat sehari dah nampak...ada berbulan2 baru nampak kesannya.. kerna Imah yakin "ALLAH sedang merancang sesuatu yang paling baik utk diri kita dan keluarga" AMIN.......................................
Saturday, 3 November 2012
Mencari Doorgift Untuk Perkahwinan
Assalam.. Musim cuti sekolah bakal tiba, so kenduri pun banyak. Oleh itu buatlah pilihan yang bijak untuk majlis itu nanti. Now of course smua dah confirm kan... Ni juga leh sharing idea for next year even. Begitu untuk majlis lain seperti majlis pertunangan, majlis cukur jambul, majlis masuk rumah baru, majlis kesyukuran anak dapat result cemerlang dan banyak lagi.
Antaranya apa yang perlu anda selami adalah ;
Moga apa yang Imah kongsikan hari ini sedikit sebanyak dapat membantu.. Terima Kasih..
Antaranya apa yang perlu anda selami adalah ;
- Budget anda untuk Doorgift
- Jenis-jenis Doorgift
- Klasifikasi Doorgift untuk tetamu yang hadir (Contohnya : istimewa, keluarga , orang ramai) **Jika ada
- Survey Harga Doorgift
- Buat perbandingan antara buat sendiri dengan order dengan orang
- Jika buat sendiri >> survey bahan2 yang dperlukan
- Jika Order >> pilih yang terbaik dan mudah di uruskan dari segi kepercayaan
- Complete.
Moga apa yang Imah kongsikan hari ini sedikit sebanyak dapat membantu.. Terima Kasih..
Anda juga boleh melihat contoh2 disini. Imah ChocoLIKE Blog atau Imah ChocoLIKE Facebook
Thursday, 1 November 2012
Apa rancangan ANDA (Ibu&Bapa) Untuk Cuti Sekolah 2012
Assalam rakan2.... Di sini Imah nak kongsi apa yang perlu kita sebagai Ibu dan Bapa untuk memberi impak kepada anak-anak semasa cuti sekolah 2012 yang lagi 1 minggu ja lagi... Kadang2 ibu bapa ada menghantar anak2 ke kampung ada juga ke kem2 yang berguna. Contohnya kem jati diri, kem solat, kem lasak, kem membantu meyakinkan diri dan kem masakan dan lain-lain. Ada juga keluarga merancang pergi berrcuti antaranya tempat percutian yang menarik minat anak2 adalah;
Untuk diri Imah sendiri.. Imah akan create sesuatu yang membuatkan mereka tidak bosan dan minat untuk melakukan. Cari kecenderungan anak2 anda..
Di bawah ;
Selamat merancang percutian ye.................................. Imah dan keluarga akan bercuti di Genting Highlands dan kawasan2 berdekatan Kuala Lumpur. Untuk pengisian dalaman anak2..Imah banyak ajar mereka main permainan "Jutaria", "Chess", "Dam" dan lain2...
- Genting Highlands - Pahang
- Legoland - Johor Bahru
- Muzium Toys - Penang
- Berjaya Times Square Theme Park - Kuala Lumpur
- Pusat Sains Negara - Kuala Lumpur
- Kidzania - Kuala Lumpur
- atau Tempat-tempat menarik di Malaysia
Untuk diri Imah sendiri.. Imah akan create sesuatu yang membuatkan mereka tidak bosan dan minat untuk melakukan. Cari kecenderungan anak2 anda..
Di bawah ;
- Tahsin Quran, Asas Membaca Quran-IQRA’, Jawi, Bahasa Arab, Hafazan Quran
- PAKEJ PENGAJIAN HAFAZAN.
- JADIKAN CUTI KALI INI MASA UNTUK MEMANTAPKAN DIRI!!
- Kem Motivasi
Selamat merancang percutian ye.................................. Imah dan keluarga akan bercuti di Genting Highlands dan kawasan2 berdekatan Kuala Lumpur. Untuk pengisian dalaman anak2..Imah banyak ajar mereka main permainan "Jutaria", "Chess", "Dam" dan lain2...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Berapa banyak wang yang anda boleh perolehi sekiranya anda ketahui rahsia kelapan-lapan jutawan ini?
+Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor! +Azizi Ali, Jurulatih jutawan +Chef Li (Dato' Dr Rusly), Jutawan Senyap +Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM) Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan 8 Ikon Jutawan Malaysia!
Kini, ikon usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan strategi SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!