Tuesday 16 October 2012

Sakit Gigi, Sakit gusi

Assalam...kecian laa pd Mr Hubby... dok sakit gigi... last2 aku plak yg kena sakit gigi... Then tangan aku pun ligat laa dok dating ngan Mr Google pasai sakit gigi ni... Antara apa yang Imah nak share ngan kawan2 ialah ;

Sakit gigi merupakan kesakitan yang dialami pada atau sekeliling gigi. Ia sering menjadi penyebab utama orang ramai ke klinik pergigian terutama bagi mereka yang mengabaikan kebersihan mulut.

  1. Sakit gigi biasanya berpunca daripada:
    1. kerosakan gigi (karies gigi)
    2. penyakit gusi (penyakit periodontium)
    3. gigi sensitif
    4. sakit pada sendi rahang
    5. sinus tersumbat
    6. sakit telinga 
     
  2. Apakah yang boleh terjadi jika gigi yang rosak tidak dirawat?Jika gigi yang rosak tidak dirawat, ia boleh menyebabkan:
    1. gigi mati
    2. gusi bengkak
    3. gigi dicabut atau kehilangan gigi
    4. kesukaran membuka mulut
    5. Apakah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan sakit gigi?
    6. Dapatkan rawatan di klinik pergigian secepat mungkin.
    3. Walau bagaimanapun, anda boleh mengambil langkah-langkah berikut untuk mengurangkan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:
    1. Mengambil ubat penahan sakit, cara tradisional atau moden
    2. Berkumur-kumur atau gunakan flos untuk membuang sisa makanan yang berada di celah-celah gigi
    3. Kebaskan gusi, contoh dengan menghisap ais

      
     Tips tradisional dan moden untuk sakit gigi atau sakit gusi.
Ubat tradisional untuk Sakit gigi 
Pengobatan Alamiah Untuk Sakit GigiBawang putih
 Bawang putih adalah salah satu yang paling efektif untuk beberapa pengubatan rumah untuk sakit gigi. Satu ulas bawang putih dengan garam batu kecil harus ditempatkan pada gigi yang terkena. Ini akan mengurangi rasa sakit dan, kadang-kadang, bahkan mungkin menyembuhkannya. Sebiji bunga cengkeh juga harus dikunyah setiap hari di pagi hari. Ini akan membuat gigi kuat dan sehat.


Bawang Bombay
Pengobatan Alamiah Untuk Sakit GigiPenelitian terbaru telah mengkonfirmasi sifat bakteria bawang. Jika seseorang mengkonsumsi satu bawang mentah setiap hari oleh pengunyahan menyeluruh, ia akan terlindungi dari berbagai gangguan gigi. Mengunyah bawang mentah selama tiga minit sudah cukup untuk membunuh semua kuman di mulut. Menempatkan sepotong kecil bawang merah pada gigi yang buruk atau gusi sering allays sakit gigi.

Pengobatan Alamiah Untuk Sakit Gigi Jeruk Nipis / Lemon

Lemon ataupun jeruk nipis, sebagai sumber yang kaya vitamin C, berguna dalam menjaga kesihatan gigi dan tulang lainnya dari tubuh. Ini mencegah pembusukan dan melonggarnya gigi, karies gigi, sakit gigi, dan perdarahan pada gusi.



 




Pengobatan Alamiah Untuk Sakit Gigi

 Cengkeh - dah cuba tetapi untuk jangka masa pendek

Penggunaan cengkeh dalam sakit gigi mengurangi rasa sakit. Hal ini juga membantu untuk mengurangi infeksi karena sifat antiseptik. Minyak cengkeh, diterapkan pada rongga dalam gigi busuk, juga mengurangi sakit gigi.


Ditumbuk halus, dan diletakkan pada gigi yang sakit dan ditekap dengan kapas (gigit kapas selama 5-10minit) kemudian basuh atau kumur pada tempat tadi. Insya`Allah boleh kurangkn sakit.





Ubat moden untuk Sakit gigi - Anda juga boleh dapatkan ubat2 dari kedai2 farmasi seperti watson, guardian dan lain2. Dah cuba gak...tp bila ubnat abih still sakit lagi..huhu












4. Bagaimanakah untuk mencegah sakit gigi?Anda boleh mencegah sakit gigi dengan:
  1. mengamalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik
  2. berus gigi dengan menggunakan ubat gigi berfluorida
  3. gunakan flos
  4. dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala
  5. kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula di antara waktu makan utama. 
Lain2 ceta yang aku search dalam En goggle :
  1. Walaupun gusi membengkak and sakit gigi teramat sakit, puan kena makan dulu antibiotik dan tunggu bengkak surut (iaitu kuman mati) sebelum doktor gigi boleh mencabut gigi gerham berkenaan.
  2. Untuk mengatasi rasa sakit yang puan alami skrg, saya syurkan, puan tumbuk bunga cengkih hingga lumat, tambah air dan garam halus (lagi banyak, lagi baik), bancuh dan kumur dengan air bunga cengkih ini, setiap kali rasa sakit ini datang. Ia boleh melegakan.
  3. Puan juga boleh sapukan bius gigi yang dijual di farmasi, namanya Bonjela atau sebarang ubat tahan sakit bengkak gusi/sakit gigi.
  4. Setelah bengkak gusi surut sedikit, puan boleh pergi mencabutnya. Doktor tak boleh mencabut gigi semasa gusi bengkak (ini satu pantang larang pergigian).
  5. Ttg mencabut gigi semasa hamil, masalah yang dikhuatiri ialah pendarahan yang sukar dibendung jika puan ada masalah hemofilia (hemophilia). Jika puan tiada masalah ini, mencabut gigi adalah prosedur yang selamat.
  6. Semasa mengandung, hormon yang dikeluarkan oleh badan ke dalam darah membesarkan/mengendurkan saluran darah, dan pendarahan pada gusi boleh berlaku di peringkat akhir kehamilan. Jika pendarahan ini berlaku semasa puan mencabut gigi, ia akan makan masa untuk pendarahan reda (caranya ialah dgn menjahit gusi di mana pendarahan berlaku). Oleh kerana menjahit gusi ini amat sakit, maka doktor terpaksa berikan bius yang agak kuat supaya puan tak rasa sakit. Kandungan boleh terjejas sedikit (bayi akan meronta tapi tak lah sampai mati).
  7. Ramai ibu yang hamil kurang selesa mendapatkan rawatan gigi semasa hamil.
     
    Dan akhir sekali, kita berusaha tetapi Allah yang menentukan segala2nya;
     
    Maksudnya: 
    "Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur) 
    tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur."
    Baca surah al-Mulk ayat 23 nih, sambil letakkan jari pada gigi yang sakit tu. insyaAllah, rasa sakit tu akan kurang. Ini kira macam cara alternative la sebelum pergi jumpa dentist kalau sakit gigi.
    Menurut al-Khatib dalam kitab al-Tarikh dan Ibn Munzir daripada Ibn Abbas berkata, 
    Nabi SAW bersabda,: "Sesiapa yang mengalami sakit gigi, maka hendaklah dia meletakkan jarinya atas gigi tersebut lalu dibacakan ayat ini." 

    * Ayat ini boleh digunakan sebagai ikhtiar mengurangkan sakit gigi. Walau bagaimanapun bergantung semata-mata kepada ayat sahaja tidak mendatangkan apa-apa kesan kecuali dengan izin Allah.