Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Tuesday, 18 December 2012

Pertanyaan Munkar Dan Nakir Dan Seksa Kubur!

Jom baca blog seorang hamba Allah nii..... best2 utk ilmu kemudian hari...

Seseorang yang baru masuk ke alam kubur, maka dikala itulah dia akan terkenang akan perbuatannya yang lalu. Teringatlah dia akan dosa-dosanya, menyesallah dia akan perbuatan dirinya, mengapa dia selalu menuruti hawa nafsunya? Mengapa dia berlengah-lengah sahaja? mengapa dia tidak mahu segera bertaubat? padahal suara hatinya yang suci dalam dirinya selalu memberikan peringatan. Sudah terlalu banyak contoh tauladan, ibu dan bapa yang telah meninggal dunia, tua muda, kecil dan besar tidak terkecuali. Kadang-kadang dirinya sendiri pernah melawat ke tanah perkuburan. Tetapi hal itu dianggap ‘biasa-biasa’ sahaja, tidaklah diambil perhatian.

sambungan di sini

Thursday, 29 November 2012

Kebocoran Wang


Assalamualaikum wbt.... dan Salam Sejahtera pada pembaca2 blog Imah.. Post kali ni Imah terpikir untuk menulis kenapa kita selalu kehabisan wang bila kita dapat atau bila dapat ada2 saja jaa nak kena settle. Wang macm "hantu" itu mak Imah selalu cakap. Tetapi kita ada tak terpikir kenapa terjadi begini. Oleh itu kita kena check balik dalam diri kita...

       Adakah kita.............
  • Sudah bayar zakat pendapatan (bagi yang bekerja makan gaji atau berniaga)
  • Sudah settle hutang2 dengan family/kawan2 
Tetapi ada cara untuk kita kekalkan wang atau wang tak putus;(Imah dah cuba dan amalkan..memang ada "keajaiban") kerana ini semua sudah tertulis dan amalan orang yg berjaya terus berjaya..walau X semua tapi at least 1 dari 0 kaaan....
1.  First duit (ibu duit) setiap gaji bulanan yang kita dapat tolong beri pada IBUBAPA walau RM10.00 (jika itu jeeeee kemapuan anda)
2.  Sedekah at least RM10.00 (itu jeeee "saya" mampu kaan 
3.  Amalkan surah Al-Waqiah setiap malam  
                                           

     4. Sujud terakhir setiap solat wajib, baca 11kali
(yang bermaksud:“Siapa yang mengucapkan 'La Haula Wala Quwwata illa billahi,' maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”). (Hadis Riwayat Tabrani)



    5. Solat Dhuha dan Doa Solat Dhuha ~9am until 12pm (paling elok!)

     6.  Zikir :  
  •  Istifar (minimum ~ 100x sehari)
  • Ya Allah Ya Razak , Ya Allah Ya Latip (minimum ~ 100x sehari)
  •  Lain2 zikir harian...
   7. Solat Sunat 
  • Tahajjud , Witir ~ jadikan harian 
  • Taubat , Hajat , Istiqarah ~ jadikan 3-4kali weekly
Ini adalah amalan2 yang Imah lakukan...Alhamdulillah ALLAH banyk membuka pintu2 rezeki cuma kita kena usahakan untuk dapatkannya... 
Solat Wajib jangan ditinggalkan plak!! dan tinggalkan kemaksiatan dan keseronokan dunia termasuklah gambar2 yang boleh rosak iman... Smoga ap yang dicita2kan tercapai amin...

>>Bila ANDA berada di puncak atas JANGAN LUPA pada DIA!!  dan jangan mengalah pada ujian2NYA jika itu jalan kekayaan<<< 

Amalan2 ini bukan nampak segera! Ada orng buat sehari dah nampak...ada berbulan2 baru nampak kesannya.. kerna Imah yakin "ALLAH sedang merancang sesuatu yang paling baik utk diri kita dan keluarga" AMIN....................................... 
 
 

Friday, 9 November 2012

Payung Emas

Assalam....wah lamo benor tak update... Maap naa.. Imah laa dok sibok dok update new projek.... The latest projek dah release.. Sapa2 nak order habaq na.... "Fountain ChocoLIKE". Post kali ni Imah nak sharing pasai "Payung Emas"
Wah cantik sunggu payung ni kan... Jika di pakai sure ramai insan2 yang memandangnya teringin untuk memilikinya. TETAPI apa yang Imah nak kongsikan adalah istilah "payung emas" yang sering kita dengarkan untuk suami yang ingin berkahwin satu lagi atau "Poligami". Ni isu sensitif nii... tui tak. Kebanyakkan suami akan menggunakan istilah "payung emas" untuk memikat isterinya. Tetapi hakikat sebenar, tiada dalam hadith sahih yang mengatakan jika suami berpoligami si isteri akan mendapat "payung emas". Itu hanya kata2 ulamak sahaja yee...Tetapi jika si isteri redha dengan ketentuan ALLAH SWT, masuklah kamu dari mana2 pintu syurga. Jangan terlalu munafik pada bakal isteri yang ingin me"madu", yang sering menggunakan ayat2 "payung emas" nanti untuk kaaaak naaa....perghhhh..


Sebab itu bila Imah  terbaca blog kawan tentang CINTA, yang sebenarnya ALLAH SWT sedang menguji hambanya kerna CINTA yang sebenar2nya adalah hanya padaNYA dan bukan pada seorang insan.

Jom kita tonton ceramah Ustaz yang bijak pandai ni tentang "payung emas"........
lagi....
lagi.....


Akhir kata pada pemikiran Imah... ALLAH swt tidak akan menguji sesuatu yang umatnya tidak mampu memikulnya. Dekat lah pada ALLAH swt, banyakkan berzikir kerana ini adalah salam perkhabaran dari ALLAH swt pada umat yang terpilih. Dan yakinlah ada kebahagian dan sinar di kemudian hari. Allah swt akan menggantikkan sesuatu yang lebih "hebat" dan "indah" jika seorang isteri yang redha dan ikhlas. Semoga sapa2 yang bakal di"madu"kan dan akan me"madu"kan, ingatlah dunia hanya pinjaman ALLAH swt untuk kita mendapat tiket dan kupon sama ada ke "Syurga" atau "Neraka".. Memang kata2 orng cakap memang mudah, jika "diri sendiri" merasainya baru tau.... Bagi Imah, tak smua insan di dunia akan mendapat ujian sebegini walaupun seorang ustazah. Oleh itu banggalah dengan diri anda kerna anda insan yang "istimewa" dan "terpilih" oleh ALLAH swt. 

Ni Imah nak kongsi amalan yang boleh menguatkan hati dan perasan yang runsing dan serabut;
  1. Solat 5 wajib JANGAN tinggalkan.
  2. Zikir "Astafirulallahalazim" ~ 100x setiap habis solat wajib
  3. Zikir La Haula Wala Quwwata illa billahi~ 100x
  4. JIka mampu Zikir "SUBHANALLAH WALHAMDULLILAH WALA ILAAHA ILLALLAH WALLAHU AKHBAR  WALA HAULA QUWWATA ILLAH BILLAHIL ALIYIL AZIEM" ~ 100x
  5. Zikir Bismillah ~ 100x
  6.  Solat sunat tahajjud, witir, dhuha ~ Cuba amalkan harian
  7. Solat sunat taubat, istiqarah, hajat ~ Cuba buat 2 atau 3 kali seminggu
  8. Bersedekah ~ tidak semestinya melalui wang.
  9. Banyakkan membaca Al-Quran
  10. Surah Al-Waqiah ~ surah mmberi/mmbuka pintu rezeki 
  11. Zikir Harian 
  12. Cuba peluk anak2 (jika belum baligh lebih baik) kerna anak ini mempunyai aura penenang.

Imah sekadar berkongsi..maap jika ada kekurangan. Imah bukan ustazah atau alim ulamak.. Imah hanya insan yang kerdil dan hanya ingin berkongsi sekadar yang termampu. 

Moga ALLAH menguatkan sahabat2 yang tergolong dalam ujian ini.. AMin.... 

 

Thursday, 1 November 2012

Apa rancangan ANDA (Ibu&Bapa) Untuk Cuti Sekolah 2012

Assalam rakan2.... Di sini Imah nak kongsi apa yang perlu kita sebagai Ibu dan Bapa untuk memberi impak kepada anak-anak semasa cuti sekolah 2012 yang lagi 1 minggu ja lagi... Kadang2 ibu bapa ada menghantar anak2 ke kampung ada juga ke kem2 yang berguna. Contohnya kem jati diri, kem solat, kem lasak, kem membantu meyakinkan diri dan kem masakan dan lain-lain. Ada juga keluarga merancang pergi berrcuti antaranya tempat percutian yang menarik minat anak2 adalah;

  1. Genting  Highlands   - Pahang
  2. Legoland - Johor Bahru
  3. Muzium Toys - Penang
  4. Berjaya Times Square Theme Park - Kuala Lumpur
  5. Pusat Sains Negara - Kuala Lumpur
  6. Kidzania - Kuala Lumpur
  7. atau Tempat-tempat menarik di Malaysia

Untuk diri Imah sendiri.. Imah akan create sesuatu yang membuatkan mereka tidak bosan dan minat untuk melakukan. Cari kecenderungan anak2 anda..


Di bawah ;
  1. Tahsin Quran, Asas Membaca Quran-IQRA’, Jawi, Bahasa Arab, Hafazan Quran 
  2. PAKEJ PENGAJIAN HAFAZAN.  
  3. JADIKAN CUTI KALI INI MASA UNTUK MEMANTAPKAN DIRI!!
  4.  Kem Motivasi
     
dan lain2......... banyak anda akan perolehi.... Apa2 yang Imah nak cakapkan.. Jangan sesekali memaksa anak anda untuk mengikuti apa yang dia tidak ingini tetapi berilah pengertian kenapa ia perlu mengikuti smua ini kerana anak2 zaman sekarang lebih mudah cenderung kepada duit dan gadget..

 Selamat  merancang percutian ye.................................. Imah dan keluarga akan bercuti di Genting Highlands dan kawasan2 berdekatan Kuala Lumpur. Untuk pengisian dalaman anak2..Imah banyak ajar mereka main permainan "Jutaria", "Chess", "Dam" dan lain2...


Friday, 12 October 2012

Aura Semalam

Semalam Imah ada join klas yang di anjurkan oleh IKSB (Irfan Khairi Sdn Bhd).. Maka Terdetik Di Minda Imah untuk mencipta blog yang ke 2 selain blog on9 bis kat Imah ChocoLIKE

Bersama saudara Mohd Zulfadli (speaker)

Aura untuk cipta satu lagi blog untuk sama2 kongsi idea, pengalaman, issue, masalah, kehidupan anak2, keluarga, agama dan lain2...