Friday 9 November 2012

Payung Emas

Assalam....wah lamo benor tak update... Maap naa.. Imah laa dok sibok dok update new projek.... The latest projek dah release.. Sapa2 nak order habaq na.... "Fountain ChocoLIKE". Post kali ni Imah nak sharing pasai "Payung Emas"
Wah cantik sunggu payung ni kan... Jika di pakai sure ramai insan2 yang memandangnya teringin untuk memilikinya. TETAPI apa yang Imah nak kongsikan adalah istilah "payung emas" yang sering kita dengarkan untuk suami yang ingin berkahwin satu lagi atau "Poligami". Ni isu sensitif nii... tui tak. Kebanyakkan suami akan menggunakan istilah "payung emas" untuk memikat isterinya. Tetapi hakikat sebenar, tiada dalam hadith sahih yang mengatakan jika suami berpoligami si isteri akan mendapat "payung emas". Itu hanya kata2 ulamak sahaja yee...Tetapi jika si isteri redha dengan ketentuan ALLAH SWT, masuklah kamu dari mana2 pintu syurga. Jangan terlalu munafik pada bakal isteri yang ingin me"madu", yang sering menggunakan ayat2 "payung emas" nanti untuk kaaaak naaa....perghhhh..


Sebab itu bila Imah  terbaca blog kawan tentang CINTA, yang sebenarnya ALLAH SWT sedang menguji hambanya kerna CINTA yang sebenar2nya adalah hanya padaNYA dan bukan pada seorang insan.

Jom kita tonton ceramah Ustaz yang bijak pandai ni tentang "payung emas"........
lagi....
lagi.....


Akhir kata pada pemikiran Imah... ALLAH swt tidak akan menguji sesuatu yang umatnya tidak mampu memikulnya. Dekat lah pada ALLAH swt, banyakkan berzikir kerana ini adalah salam perkhabaran dari ALLAH swt pada umat yang terpilih. Dan yakinlah ada kebahagian dan sinar di kemudian hari. Allah swt akan menggantikkan sesuatu yang lebih "hebat" dan "indah" jika seorang isteri yang redha dan ikhlas. Semoga sapa2 yang bakal di"madu"kan dan akan me"madu"kan, ingatlah dunia hanya pinjaman ALLAH swt untuk kita mendapat tiket dan kupon sama ada ke "Syurga" atau "Neraka".. Memang kata2 orng cakap memang mudah, jika "diri sendiri" merasainya baru tau.... Bagi Imah, tak smua insan di dunia akan mendapat ujian sebegini walaupun seorang ustazah. Oleh itu banggalah dengan diri anda kerna anda insan yang "istimewa" dan "terpilih" oleh ALLAH swt. 

Ni Imah nak kongsi amalan yang boleh menguatkan hati dan perasan yang runsing dan serabut;
  1. Solat 5 wajib JANGAN tinggalkan.
  2. Zikir "Astafirulallahalazim" ~ 100x setiap habis solat wajib
  3. Zikir La Haula Wala Quwwata illa billahi~ 100x
  4. JIka mampu Zikir "SUBHANALLAH WALHAMDULLILAH WALA ILAAHA ILLALLAH WALLAHU AKHBAR  WALA HAULA QUWWATA ILLAH BILLAHIL ALIYIL AZIEM" ~ 100x
  5. Zikir Bismillah ~ 100x
  6.  Solat sunat tahajjud, witir, dhuha ~ Cuba amalkan harian
  7. Solat sunat taubat, istiqarah, hajat ~ Cuba buat 2 atau 3 kali seminggu
  8. Bersedekah ~ tidak semestinya melalui wang.
  9. Banyakkan membaca Al-Quran
  10. Surah Al-Waqiah ~ surah mmberi/mmbuka pintu rezeki 
  11. Zikir Harian 
  12. Cuba peluk anak2 (jika belum baligh lebih baik) kerna anak ini mempunyai aura penenang.

Imah sekadar berkongsi..maap jika ada kekurangan. Imah bukan ustazah atau alim ulamak.. Imah hanya insan yang kerdil dan hanya ingin berkongsi sekadar yang termampu. 

Moga ALLAH menguatkan sahabat2 yang tergolong dalam ujian ini.. AMin....