Thursday 20 December 2012

JOM buat duit

Imah ada terpikir macam mana nak cari duit tapi hanya depan PC.... banyak cara kita boleh lakukan antaranya :

1. Jualan - Imah ChocoLIKE iaitu berkaitan makanan, kek dan lain2 ; Keuntungan 100% kita smua

2. Dropship - Imah Collection  Ini adalah kita sebagai agen pengiklanan pada sesuatu company dan pihak company akan uruskan smua penghantaran barang.. Keuntungan 10-30% (bergantung pada harga dan peraturan company)

3. MLM - Jutawan Cantik Double Stemcell iaitu cara mudah utk lebih dapat wang... tambahan produk double stemcell mmng proven lagi aaa orng minat utk join... :)

4.  Investment - yang ni kena lebih berhati2 dari MLM coz banyak penipuan d luar sana.... Kaji dulu sebelum nak invest mana2.. antaranya ASB, Gold, Unit Trust (Public Mutual, CIMB mutual dll) , UInvest dan lain

5. KUTU - berhati2 ramai yang kaki tipu... sebab tu bila nak melakukan sesuatu.. "pilih orng yag kita kenai n percaya"

6. Affiliate - kaedah iklan di blog - untung dalam 10-50%
   

~ Imah sekadar bkongsi... anda yang menentukan pelbagai sumber pendapatan... Ingat.. 9/10 pendapatan adalah dari perniagaan.. dan dari perniagaan juga seseorng boleh terhumban ke "neraka".. Nauzubillahiminzaliq ~

Tuesday 18 December 2012

Pertanyaan Munkar Dan Nakir Dan Seksa Kubur!

Jom baca blog seorang hamba Allah nii..... best2 utk ilmu kemudian hari...

Seseorang yang baru masuk ke alam kubur, maka dikala itulah dia akan terkenang akan perbuatannya yang lalu. Teringatlah dia akan dosa-dosanya, menyesallah dia akan perbuatan dirinya, mengapa dia selalu menuruti hawa nafsunya? Mengapa dia berlengah-lengah sahaja? mengapa dia tidak mahu segera bertaubat? padahal suara hatinya yang suci dalam dirinya selalu memberikan peringatan. Sudah terlalu banyak contoh tauladan, ibu dan bapa yang telah meninggal dunia, tua muda, kecil dan besar tidak terkecuali. Kadang-kadang dirinya sendiri pernah melawat ke tanah perkuburan. Tetapi hal itu dianggap ‘biasa-biasa’ sahaja, tidaklah diambil perhatian.

sambungan di sini

Friday 14 December 2012



Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan MAKSIAT sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKU.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKU itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempu

nyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua’lam.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH……AMIN…..

Sunday 9 December 2012

Buffet

Imah ada buat pada sapa nak order....

Tema + Menu ; U request, we discuss, we make lower price as we can!

Clik Imah ChocoLIKE untuk lebih detail TQ


Saturday 8 December 2012

Khurafat

Copy dari blog kawan utk dkongsi.   Himpunan coretan nota rancangan Tanyalah Ustaz

Bacaan ayat 48, surah An-Nisa':

Perbuatan syirik termasuk dalam 7 dosa besar dan menduduki di tangga teratas. Ramai masyarakat yang masih bergantung harap kepada kuasa selain Allah. Sebaik-baik ubat adalah dengan mengamalkan ayat Al-Quran. Nabi Ayob yang diuji dengan kesakitan selama 18 tahun mengikut riwayat Al-Qurtubi, diberikan ayat Al-Quran untuk disembuhkan, bukannya dengan tangkal atau azimat untuk dipakai. Allah mengarahkan Nabi Ayub menghentakkan kaki ke bumi dan akan keluar daripadanya air yang perlu digunakan untuk diminum dan dimandi dengannya.

Sehebat mana pun bomoh/bidan/tangkal yang diberikan, hebat lagi Allah Rabbul Jalil. Janganlah mengagadaikan akidah kita semata-mata kerana benda-benda yang tak boleh berbuat apa-apa melainkan dengan izin Allah.

Kepada yang sedang sakit diuji, jangan hilang keyakinan dan harapan kepada Allah. Sesunggunhnya, Allah telah berfirman dalam ayat 216, surah Al-Baqarah:
Khurafat banyak berlaku pada akhir zaman kerana ianya merupakan senjata syaitan. Perbuatan syirik akan menyebabkan manusia putus hubungan dengan Allah. Gunakanlah akal yang dikurniakan Allah untuk memilih yang hak, dan bukannya yang batil.

Nabi Ayub diserang penyakit misteri selama 18 tahun. Nabi Ayub diperintahkan untuk membaca ayat 83 & 84, surah Al-Anbiyaa:
Oleh itu sebagai usaha rawatan penyakit apa sekalipun, ambil air satu baldi. Kemudian bacakan Fatihah, ayatul Kursi, ayat 83 & 84, surah Al-Anbiyaa, dan ayat 22 dan 23, surah Al-Baqarah seperti berikut, dan mandi dengan air itu:
Kemudian, sebagai minuman pula, ambil air mineral dan bacakan surat Fatihah, ayatul Kursi, ayat 82, surah Al-Isra' dan ayat 57, surah Yunus. InsyaAllah akan disembuhkan penyakit yang dihidapi.
Ayat 82, surah Al-Isra':
Ayat 57, surah Yunus:
Ada azimat berbentuk tangkal/tali pinggang/benang yang dipakai pada badan manusia. Namun, ada juga susuk yang dimasukkan ke dalam tubuh iaitu contohnya susuk. Susuk ini mempunyai khadam iaitu jin yang dipercayai menjadikan seseorang itu kelihatan cantik/berkuasa/menarik dan sebagainya. Ramai yang memfitnah saya kerana susuk ini. Bagi yang tidak terkena, mereka takkan tahu. Nilailah dengan akal yang Allah berikan.

Pada mereka yang masih mempunyai azimat/tangkal/susuk dan seumpamanya, segeralah membuangnya kerana takut-takut bumi tak mahu menerima mayat kita nanti.

Perbuatan menyekutukan Allah sangat bahaya kerana boleh menempa neraka Allah. Nabi SAW meninggalkan Al-Quran dan sunnah sebagai panduan dalam kehidupan kita.

Senarai soalan dan jawapan:

S: Bagaimana dengan pemakaiaan cincin yang dikatakan ada yang serasi dengan kita, atau memurahkan rezeki? Betulkah permata akik adalah permata jin?
J: Allah menjadikan sesuatu itu dengan kelebihannya yang tersendiri. Walau apa pun cincin yang dipakai, jangan percaya dengan kuasa yang ada padanya kerana ianya boleh menjadi syirik kepada Allah. Jika ada kelebihan pun, kembalikan kepada pencipta cincin iaitu Allah SWT. Pakailah cincin sebagai perhiasan sahaja tanpa niat sampingan yang lain.

S: Jika berjumpa bomoh untuk mendapatkan pelaris diri/kerjaya/perniagaan, mendapatkan azimat untuk menundukkan seseorang atau makan ubat moden dan mengatakan kesembuhan datang daripada ubat tanpa menyandarkan kesembuhan kepada Allah, boleh menyebabkan terjebak dalam khurafat tanpa disedari?
J: Ya. Apabila diberi sesuatu oleh bomoh dan dikatakan mempunyai kuasa tertentu dan kita menurutinya, maka ianya satu perbuatan syirik. Yakinilah bahawa sebaik-baik pelaris/pemnyembuh adalah Al-Quran. Segala sesuatu berlaku semata-mata dengan izin Allah, seperti firman-Nya dalam surah Yasin, ayat 82:
S: Anak perempuan saya yang sakit asma kronik sembuh setelah dibawa bertemu perawat tradisional. Syaratnya diminta dibawakan ayam dara seekor dan dikatakan penyakit akan sembuh setelah ayam itu mati. Ayam itu pun mati dan anak saya sembuh dan perkara ini berlaku 10 tahun yang lalu. Adakah ini terlibat dengan syirik?
J: Saya nak tanya dahulu – Betulkan ayam itu ayam dara? :). Ada 2 pilihan – jalan yang diredhai atau dimurkai Allah. Pertama: percaya bahawa kesembuhan datang daripada Allah dan kebetulan sahaja ayam itu mati. Kedua: jika percaya ayam dan bomoh itu yang memberi kesembuhan, maka itu menjadi perbuatan syirik.
S: Adakah menjadi khurafat perbuatan melakonkan adegan-adegan khurafat?
J: Ya. Ini bukan soal yang boleh dipermain-mainkan. Orang yang beriman menjauhi perkara seumpama ini. Janganlah menggadaikan akidah semata-mata keuntungan dunia yang sementara.

S: Apakah makna syirik khafi?
J: Syirik terbahagi kepada 2 – syirik jaliyyun (secara terang-terangan). Contohnya: Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Dalam riwayat dikatakan bahawa iblis pengsan seketika kerada dia sendiri terkejut dengan pengakuan Firaun. Kedua – syirik Khafi. Contoh – makan ubat dan percaya ubat itu yang memberi kesembuhan, makan nasi dan percaya nasi yang beri kekenyangan. Syirik khafi boleh berbentuk perbuatan atau perkataan, oleh itu berhati-hatilah.

S: Ada perawat yang mendakwa mereka boleh nampak iblis/hantu dan boleh bercakap dan berlawan dengannya. Bolehkah mereka dipercayai?
J: Kalau dengar cerita begini, biasanya akan semakin sakitlah orang yang sakit itu. Kaedah ini dikatakan menurun. Apabila berlaku perkara sebegini biasanya akan berlakulah tuduh-menuduh. Saya sendiri tidak pernah menuduh sesiapa kecuali satu pasangan yang baru berkahwin 5 bulan yang datang menangis-nangis kerana ingin bercerai. Isterinya dikatakan muntah-muntah dan cirit-birit. Saya menuduh suaminya kerana sebenarnya dia mengandung. Oleh itu, sebelum berjumpa perawat alternatif, jumpalah doktor dahulu. Kepada 'seekers' – hentilah kerja mencari hantu yang sia-sia itu kerana hantu bukanlah untuk dicari. Orang yang nampak hantu adalah orang yang lemah semangatnya.

S: Orang tua selalu menakut-nakutkan anak-anak dengan mengatakan contohnya, “Jangan main di di longkang, nanti iblis tolak”. Adakah ini satu bentuk khurafat?
J: Ada kebenarannya, kerana iblis memang suka tempat yang kotor. Nabi SAW juga ada berpesan agar kita menyuruh anak kecil masuk ke dalam rumah ketika waktu senja. Itu satu petua yang baik untuk diamalkan dan tidak menjadi khurafat.

S: Bolehkah menuduh iblis melakukan sesuatu kejahatan?
J: Iblis merupakan makhluk yang murka kepada Allah. Jika benar kenyataanya, bolehlah. Tetapi sebelum itu, dapatkan rawatan dengan doktor dahulu. Jika benar gangguan iblis, jangan pula meminta bantuan iblis untuk mengubatinya.