Friday, 9 November 2012

Payung Emas

Assalam....wah lamo benor tak update... Maap naa.. Imah laa dok sibok dok update new projek.... The latest projek dah release.. Sapa2 nak order habaq na.... "Fountain ChocoLIKE". Post kali ni Imah nak sharing pasai "Payung Emas"
Wah cantik sunggu payung ni kan... Jika di pakai sure ramai insan2 yang memandangnya teringin untuk memilikinya. TETAPI apa yang Imah nak kongsikan adalah istilah "payung emas" yang sering kita dengarkan untuk suami yang ingin berkahwin satu lagi atau "Poligami". Ni isu sensitif nii... tui tak. Kebanyakkan suami akan menggunakan istilah "payung emas" untuk memikat isterinya. Tetapi hakikat sebenar, tiada dalam hadith sahih yang mengatakan jika suami berpoligami si isteri akan mendapat "payung emas". Itu hanya kata2 ulamak sahaja yee...Tetapi jika si isteri redha dengan ketentuan ALLAH SWT, masuklah kamu dari mana2 pintu syurga. Jangan terlalu munafik pada bakal isteri yang ingin me"madu", yang sering menggunakan ayat2 "payung emas" nanti untuk kaaaak naaa....perghhhh..


Sebab itu bila Imah  terbaca blog kawan tentang CINTA, yang sebenarnya ALLAH SWT sedang menguji hambanya kerna CINTA yang sebenar2nya adalah hanya padaNYA dan bukan pada seorang insan.

Jom kita tonton ceramah Ustaz yang bijak pandai ni tentang "payung emas"........
lagi....
lagi.....


Akhir kata pada pemikiran Imah... ALLAH swt tidak akan menguji sesuatu yang umatnya tidak mampu memikulnya. Dekat lah pada ALLAH swt, banyakkan berzikir kerana ini adalah salam perkhabaran dari ALLAH swt pada umat yang terpilih. Dan yakinlah ada kebahagian dan sinar di kemudian hari. Allah swt akan menggantikkan sesuatu yang lebih "hebat" dan "indah" jika seorang isteri yang redha dan ikhlas. Semoga sapa2 yang bakal di"madu"kan dan akan me"madu"kan, ingatlah dunia hanya pinjaman ALLAH swt untuk kita mendapat tiket dan kupon sama ada ke "Syurga" atau "Neraka".. Memang kata2 orng cakap memang mudah, jika "diri sendiri" merasainya baru tau.... Bagi Imah, tak smua insan di dunia akan mendapat ujian sebegini walaupun seorang ustazah. Oleh itu banggalah dengan diri anda kerna anda insan yang "istimewa" dan "terpilih" oleh ALLAH swt. 

Ni Imah nak kongsi amalan yang boleh menguatkan hati dan perasan yang runsing dan serabut;
  1. Solat 5 wajib JANGAN tinggalkan.
  2. Zikir "Astafirulallahalazim" ~ 100x setiap habis solat wajib
  3. Zikir La Haula Wala Quwwata illa billahi~ 100x
  4. JIka mampu Zikir "SUBHANALLAH WALHAMDULLILAH WALA ILAAHA ILLALLAH WALLAHU AKHBAR  WALA HAULA QUWWATA ILLAH BILLAHIL ALIYIL AZIEM" ~ 100x
  5. Zikir Bismillah ~ 100x
  6.  Solat sunat tahajjud, witir, dhuha ~ Cuba amalkan harian
  7. Solat sunat taubat, istiqarah, hajat ~ Cuba buat 2 atau 3 kali seminggu
  8. Bersedekah ~ tidak semestinya melalui wang.
  9. Banyakkan membaca Al-Quran
  10. Surah Al-Waqiah ~ surah mmberi/mmbuka pintu rezeki 
  11. Zikir Harian 
  12. Cuba peluk anak2 (jika belum baligh lebih baik) kerna anak ini mempunyai aura penenang.

Imah sekadar berkongsi..maap jika ada kekurangan. Imah bukan ustazah atau alim ulamak.. Imah hanya insan yang kerdil dan hanya ingin berkongsi sekadar yang termampu. 

Moga ALLAH menguatkan sahabat2 yang tergolong dalam ujian ini.. AMin.... 

 

Saturday, 3 November 2012

Mencari Doorgift Untuk Perkahwinan

Assalam.. Musim cuti sekolah bakal tiba, so kenduri pun banyak. Oleh itu buatlah pilihan yang bijak untuk majlis itu nanti. Now of course smua dah confirm kan... Ni juga leh sharing idea for next year even. Begitu untuk majlis lain seperti majlis pertunangan, majlis cukur jambul, majlis masuk rumah baru, majlis kesyukuran anak dapat result cemerlang dan banyak lagi.

Antaranya apa yang perlu anda selami adalah ;
  1. Budget anda untuk Doorgift
  2. Jenis-jenis Doorgift
  3. Klasifikasi Doorgift untuk tetamu yang hadir (Contohnya : istimewa, keluarga , orang ramai) **Jika ada
  4. Survey Harga Doorgift
  5. Buat perbandingan antara buat sendiri dengan order dengan orang
  6. Jika buat sendiri >> survey bahan2 yang dperlukan
  7. Jika Order >> pilih yang terbaik dan mudah di uruskan dari segi kepercayaan
  8. Complete. 
 
Moga apa yang Imah kongsikan hari ini sedikit sebanyak dapat membantu.. Terima Kasih..

Anda juga boleh melihat contoh2 disini. Imah ChocoLIKE Blog atau Imah ChocoLIKE Facebook

Thursday, 1 November 2012

Apa rancangan ANDA (Ibu&Bapa) Untuk Cuti Sekolah 2012

Assalam rakan2.... Di sini Imah nak kongsi apa yang perlu kita sebagai Ibu dan Bapa untuk memberi impak kepada anak-anak semasa cuti sekolah 2012 yang lagi 1 minggu ja lagi... Kadang2 ibu bapa ada menghantar anak2 ke kampung ada juga ke kem2 yang berguna. Contohnya kem jati diri, kem solat, kem lasak, kem membantu meyakinkan diri dan kem masakan dan lain-lain. Ada juga keluarga merancang pergi berrcuti antaranya tempat percutian yang menarik minat anak2 adalah;

  1. Genting  Highlands   - Pahang
  2. Legoland - Johor Bahru
  3. Muzium Toys - Penang
  4. Berjaya Times Square Theme Park - Kuala Lumpur
  5. Pusat Sains Negara - Kuala Lumpur
  6. Kidzania - Kuala Lumpur
  7. atau Tempat-tempat menarik di Malaysia

Untuk diri Imah sendiri.. Imah akan create sesuatu yang membuatkan mereka tidak bosan dan minat untuk melakukan. Cari kecenderungan anak2 anda..


Di bawah ;
  1. Tahsin Quran, Asas Membaca Quran-IQRA’, Jawi, Bahasa Arab, Hafazan Quran 
  2. PAKEJ PENGAJIAN HAFAZAN.  
  3. JADIKAN CUTI KALI INI MASA UNTUK MEMANTAPKAN DIRI!!
  4.  Kem Motivasi
     
dan lain2......... banyak anda akan perolehi.... Apa2 yang Imah nak cakapkan.. Jangan sesekali memaksa anak anda untuk mengikuti apa yang dia tidak ingini tetapi berilah pengertian kenapa ia perlu mengikuti smua ini kerana anak2 zaman sekarang lebih mudah cenderung kepada duit dan gadget..

 Selamat  merancang percutian ye.................................. Imah dan keluarga akan bercuti di Genting Highlands dan kawasan2 berdekatan Kuala Lumpur. Untuk pengisian dalaman anak2..Imah banyak ajar mereka main permainan "Jutaria", "Chess", "Dam" dan lain2...


Wednesday, 24 October 2012

Software CucuSoft

Cucusoft YouTube Mate(Downloader+Player+Converter)

Downloader + Player + Converter, all in one

A free software for YouTube video Download, playback and convertion software.

YouTube Mate box
Free Now, $0.00
Donate Now!

The latest version 8.xx is available, it supports YouTube HD Video now. Check the Free YouTube Converter tutorial.

Cucusoft YouTube Mate - is the most powerful YouTube assistant on the planet. It is really free for downloading YouTube videos, playback downloaded videos and converting videos to any other portable music player and video player, including convert YouTube to mp3, YouTube to DVD, YouTube to iPad, YouTube to iPhone, YouTube to iPod and other a lot of devices. Everything is all in one and for free now.

YouTube Mate helps you download, convert, play and manage your favorite YouTube videos... and it's very easy to use.
 If you're a YouTube fan, you'll love YouTube Mate! 
 Was $30.00, now $0.00
 
Donate Now! Please support us!

YouTube Mate easily:

* Downloads YouTube videos
* Supports unlimited simultaneous downloads (a real time saver!)
* Automatically names the downloaded video the same as the YouTube title
* Converts YouTube videos to any popular portable device, including:
YouTube to mp3
YouTube to DVD
YouTube to iPad
YouTube to iPhone
YouTube to iPod
YouTube to PSP
YouTube to Zune
YouTube to PS3
YouTube to Android Phones
YouTube to Blackberry
YouTube to other devices you can name it.
* Supports customize/create own audio/video format profiles if you are a video expert.
* Converts YouTube videos to various video formats, including:
YouTube to avi
YouTube to DivX
YouTube to XviD
YouTube to mp4
YouTube to rm/rmvb
YouTube to rm/rmvb
YouTube to mov
YouTube to MPEG
YouTube to WMV

And finally... YouTube Mate's embedded player will allow you to watch all your favorite YouTube videos off-line. So now you can enjoy any .flv and .swf videos anytime!







YouTube Mate



Jika nak lebih lagi.... clik sini CUCUSOFT 
 




Puasa Sunat 9 dzulhijjah

Assalam...esok adalah 9 dzulhijjah. mari kita sama2 banyakkan amalan akhirat.. 

Ni Imah nak share skit fadhilatnya;


Puasa sunat Hari Arafat ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan Haji. Mereka yang sedang mengerjakan Haji tidak disunatkan berpuasa pada tarikh tersebut. 
Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).

Hari ‘Arafah ialah hari 9 Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan;
وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda;
“(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).

Hanya berkongsi... Imah

Saturday, 20 October 2012

Rebutlah 10 hari pertama dalam bulan Zulhijjah

Assalamualikum...pejam celik pejam celik.... hari ni dah 4 Zulhijjah... Masih sempat lg kita nak tambah amalan2 akhirat nii.... Bukan lama pun nak amik masa... depan Facebook boleh plak melangut sampai 2-3jam... Tiada alasan untuk beribadat k... Idop ni macam d ibaratkan esok kita dah "MATI".... emmmmmm...



Ini Imah nak kongsi apa yang leh kita kaitkan dengan bulan Zuhijjah atau ramai orang panggil bulan "HAJI"....



Amalan Yang Dianjurkan Pada 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah :

Solat
  • Disunatkan untuk sentiasa bersegera mengerjakan solat fardhu berjemaah dan memperbanyakkan solat sunat kerana ini merupakan salah satu ibadah yang paling utama untuk  mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala.Diriwayatkan bahawa Thauban r.anhu berkata:Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
(Hendaklah kalian memperbanyakkan sujud kepada Allah Ta’ala kerana setiap kali kamu bersujud,maka Allah Ta’ala mengangkat kedudukanmu dan menghapuskan kesalahanmu).(Riwayat Muslim).


Puasa
  • Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari hadits Abi Sa’id Al-Khudri radhiallahu anhu berkata:
(Aku telah mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda: Barangsiapa yang berpuasa satu hari di jalan Allah maka Allah akan menjauhkan wajahnya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun).(Al-Bukhari no: 2840 dan Muslim no: 1153).
  • Diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Abu Daud dan Nasa’i dari hadits Hunaidah Bin Khalid dari isterinya dari sebahagian isteri-isteri Rasulullah s.a.w bersabda:
(Rasulullah s.a.w berpuasa pada sembilan Zulhijjah,Sepuluh Muharram dan tiga hari setiap bulan).
  • Imam Nawawi berkata: Puasa pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah merupakan sunnah yang sangat dititik beratkan.
Takbir, Tahlil dan Tahmid Kepada Allah swt 
  • Di dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.anhu,katanya:
(Perbanyakkanlah Tahlil,Takbir dan Tahmid).(Musnad Imam Ahmad: 9/323-324 no: 5446 dan para muhaqqiq hadis ini berkata: Hadis sahih).
  • Imam Bukhari berkata: Suatu hari,Ibnu Umar dan Abu Hurairah r.anhuma keluar ke pasar pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah,mereka berdua bertakbir dan orang ramai pun turut serta bertakbir bersama mereka berdua.
  • Beliau juga berkata: Umar r.anhu telah bertakbir di dalam khemahnya di Mina dan telah didengari oleh mereka yang berada di dalam masjid,lalu mereka bertakbir dan orang-orang yang berda di pasar turut serta bertakbir hinggakan Mina bergema dengan Takbir.
Lafaz Takbir: الله أكبر  (Allah Maha Besar)
Lafaz Tahlil:لا إله إلا الله (Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah)
Lafaz Tahmid:الحمد لله (Segala Puji Hanya Bagi Allah)
Contoh lafaz yang dianjurkan: الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله الله أكبر الله أكبر ولله الحمد

 Puasa Hari Arafah
  • Puasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah) sangat-sangat dianjurkan bagi mereka yang tidak menunaikan haji pada hari tersebut sepertimana dalam satu hadits Rasulullah s.a.w bersabda:
(Aku berharap kepada Allah agar dihapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya). (Muslim: 2/819 no: 1162 dan Al-Turmudzi no: 143 no: 749).

Namun begitu,bagi sesiapa yang sedang menunaikan haji pada hari tersebut mereka tidak disunahkan untuk berpuasa kerana Rasulullah wuquf di Arafah tanpa berpuasa.

 Menunaikan Haji Bagi Yang Mampu

Firman Allah Ta’ala:
وَلِله عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلاً وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ الله غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ
(Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah; (Barang siapa mengingkari kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari alam semesta).( QS. Ali Imron: 97).
Ini merupakan kemuncak ibadah pada bulan Zulhijjah.Bagi sesiapa yang berkemampuan untuk menunaikan haji,maka diwajibkan kepadanya untuk menyempurnakan rukun islam yang kelima ini dan merupakan sebaik-baik amalan bertaqarrub kepada Allah Ta’ala.
  • Diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab shahihnya dari Ibnu Umar bahawa Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
(Islam dibangun di atas lima rukun: Bersaksi bahwa tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berhaji dan berpuasa).(Al-Bukhari no: 8 dan Muslim no: 16).

Boleh lihat Islamic Calendar 2012

Semoga apa yang Imah sharing ni memberi manfaat bersama..
Sumber : pelbagai blog rakan2 yang hebat dalam ilmu agama ini... Imah hanya amik ap yg direct to t point... Ayat2 al-Quran dan dalilnya tiada apa2 editing dari Imah... 

SELAMAT BERAMAL :)

Wednesday, 17 October 2012

Tips / Cara Mudah Repair Laptop Power Cable

Assalam.... entri kali ni Imah nak share mcm mana kita leh save duit untuk beli laptop power cable?? Mmng aaa "murah" tp jika in a year kena sampai 2kali beli...ranap gak.... (ini terjd pada ku)... mmng salesman pun ada ckp..  laptop cable ni mudah rosak disebabkan oleh 3 punca ;
  1. Cara gulung cable laptop BUKAN lipat naa
  2. Cara guna biar dalam keadaan selesa (loose) BUKAN cekang (tighten).
  3. Jangan tertindih atau terkepit dengan alatan berat.

 Macam mana nak kesan bila laptop power cable ada problem??
  • Bila kita cas, akan kedengaran bunyi "tit...tit....tit"
    • Bila cable masuk, kat icon power akan nampak sat cas...sat hilang....
Jika ini berlaku, kemungkinan cable power ada masalah, mungkin lembar pada wayar terputus. Jika ini boleh dibaiki.. Imah ada caranya... Just sharing apa yang Imah do it. Tq

Ni step nak save RM98.00 (Jenis power cable laptop acer):


 Kesan/ cari punca kerosakan.. gunting atau potong supaya lebih nampak.. Tetapi berhati2 leh putus k
 Selotape yang digunakan (bukan selotape biasa naa).Ni yang elektrik punya. If guna solder iron lg baguih.
 Setelah potong cover wayer, simpul balik smua lembar wayar yang ada supaya bercantum antara satu ngan yang lain. Then, selotape dengan kaedah tarik-gulung 
(supaya ketat dan rapat).
 Setelah siap.

 Setelah siap dibalut dengan selotape
 Dan akhirnya, selotape lagi.. supaya lebih kemas dan selamat.
heheh...dah leh "on" my laptop... Senangkan...save RM98.00.....

p/s : If tak confident... beli jeee... :) Imah just sharing ap yang Imah pikir sesuai... Tq